Khairy akui majoriti pengundi muda masih atas pagar
BANGI, Jumaat – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersetuju dengan hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh Ilham Centre bahawa tiada parti politik yang berjaya menakluk segmen pengundi muda setakat ini.
“Mereka ini boleh dikategorikan sebagai golongan ‘undecided’.
“Jadi mungkin kajian itu tepat kerana kita sendiri mendapati perkara sama berdasarkan penilaian yang dibuat,” kata Khairy dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengakui kebanyakan pengundi muda masih berada di atas pagar berhubung soal sokongan politik mereka.
“Mereka yang majoriti akan mengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang masih belum membuat sebarang keputusan dalam memilih parti politik masing-masing,” katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan