Malaysia perlu lebih ramai pakar perubatan kecemasan: Hilmi

jabatan kecemasan
KUALA LUMPUR, Isnin – Malaysia memerlukan lebih ramai pakar perubatan kecemasan bagi memastikan perkhidmatan perubatan kecemasannya berjalan dengan berkesan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

“Banyak yang sudah kita capai sejak memulakan perkhidmatan ini pada tahun 1998, daripada hanya tiga pakar perubatan kecemasan kepada 208 pakar sekarang dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai di banyak tempat di negara ini.

“Bagaimanapun jumlah ini masih tidak mencukupi,” katanya semasa merasmikan Persidangan Klinikal Antarabangsa keempat mengenai Perubatan Kecemasan 2015 di sini hari ini.

“Disebabkan beberapa cabaran yang sukar, kita memerlukan perkhidmatan perubatan kecemasan dan trauma yang dikendalikan dengan baik, efisien dan efektif,” katanya.

Presiden Persatuan Traumatologi dan Perubatan Kecemasan Malaysia, Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari berkata dalam lima tahun akan datang, negara akan memerlukan 500 hingga 600 pakar bukan sahaja bagi hospital pakar malahan hospital negeri dan daerah.

“Kita sekarang memerlukan tiga pakar di setiap hospital, akan tetapi kebanyakan hospital di Malaysia hanya mempunyai seorang pakar perubatan kecemasan, dan beliau tidak boleh berada di sana 24 jam,” katanya.

Persidangan tiga hari tersebut dianjurkan Persatuan Traumatologi dan Perubatan Kecemasan Malaysia dihadiri oleh 386 kakitangan perubatan, pelajar perubatan dan penyelamat daripada pelbagai agensi di seluruh negara.

Terdapat juga penceramah dari negara-negara lain. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian