Mesyuarat Majlis Raja-Raja bincang pelantikan Hakim Mahkamah Atasan dan pelantikan SPR

Mesyuarat-Majlis-Raja-Raja
KUALA LUMPUR, Rabu – Perkara berkaitan pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Atasan dan pelantikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-239 di Istana Negara di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata mesyuarat yang dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail itu turut membincangkan jadual Mesyuarat Majlis Raja-raja bagi tahun 2016.

Syed Danial berkata mesyuarat itu yang pada mulanya dijadual berlangsung dua hari, bagaimanapun tamat hari ini.

Pagi tadi Tuanku Syed Sirajuddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-239 yang dihadiri semua raja Melayu kecuali Johor yang diwakili Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim manakala Pahang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kesemua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak turut hadir ke mesyuarat berkenaan. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian