Musim tengkujuh dijangka mula awal bulan depan

banjir tenggelam

KUALA LUMPUR, Jumaat – Angin monsun timur laut atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh dijangka bermula awal minggu pertama bulan depan dan berakhir pada Mac tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail.

Beliau berkata dengan bermula musim tengkujuh, negara dijangka mengalami sekitar empat episod hujan lebat yang menyeluruh selama tiga hingga lima hari yang boleh mengakibatkan banjir.

“Negeri pantai timur dijangka mengalami banjir pada bulan November ini hingga Januari tahun depan dan di barat Sarawak mulai Januari hingga Februari tahun depan.

“Bagaimanapun risiko beberapa negeri mengalami bencana banjir besar ekstrem dan hujan lebat dijangka akan berkurang dengan kehadiran fenomena El Nino berintensiti kuat ketika ini,” katanya kepada Bernama.

Che Gayah berkata fenomena El Nino dijangka akan dapat mengurangkan risiko hujan lebat dan banjir besar ekstrem seperti yang dialami semasa musim tengkujuh tahun lepas.

Setakat hari ini, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu dan menjangkakan keadaan akan berterusan sehingga Selasa depan.

Amaran hujan lebat peringkat kuning merupakan hujan lebat dalam tempoh satu hingga tiga hari.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?