Najib nafi adakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel

Najib-Netanhayu-cropped-flickr-041015

MILAN, Isnin – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, beliau sebenarnya bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan beliau pula selepas itu.

“Bukan saya jumpa…terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap,” beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai gambar beliau yang dikatakan bertemu dengan Nethanyahu yang disebarkan di laman sosial.

Beliau berkata demikian pada akhir lawatan kerja ke Itali selama tiga hari mulai Jumaat.

Beliau berkata, pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.

“Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB,” katanya.

Najib berkata, jika beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.

Beliau berkata, orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.

“Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian