Pas kekal pendirian tidak sertai Pakatan Baharu

pass

KOTA BAHARU, Selasa – PAS kekal dengan pendiriannya untuk tidak menyertai Pakatan Harapan yang dibentuk DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS juga tidak akan memberi ruang kepada DAP dan Amanah malah bersedia menentang kedua-dua parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Setakat ini pendirian kita tidak berubah kerana kita nampak tidak ada keperluan untuk bersama DAP dan PAN. Kita tidak akan bersama dalam pakatan pembangkang baharu selagi ada DAP dan PAN,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan PKR sebelum ini yang masih mengharapkan PAS menyertai pakatan pembangkang selain menggesa sekutu-sekutunya dalam pakatan itu menghentikan perbalahan sesama sendiri dengan tidak mencampuri urusan dalaman parti lain.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata pada masa ini, parti itu hanya menjalin kerjasama dengan PKR termasuk dari segi agihan kerusi agar tidak bertembung pada pilihan raya nanti.

“Kita dengan PKR masih meneruskan kerjasama termasuk dalam pengagihan kerusi. (tetapi) DAP dan PAN kalau masuk kawasan PAS, kita akan lawan walaupun tiga atau empat penjuru,” katanya.

Katanya PAS yakin DAP dan PKR tidak akan memberikan laluan kepada Amanah untuk bertanding di kawasan yang mereka kuasai pada pilihan raya akan datang.

“Saya yakin DAP tidak akan beri kerusi kepada PAN, PKR juga akan bertindak sama. Selalunya orang akan tambah lagi kerusi, hendak bagi kepada orang lain, memang susahlah,” katanya.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian