Pas pilih Ikatan hadapi Pilihan Raya Umum Ke-14

nasaruddin

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Sabtu – Pas hari ini tidak menafikan kemungkinan akan bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) di bawah pimpinan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasruddin Hassan, bagaimanapun berkata, Pas juga sedia bekerjasama dengan mana-mana parti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sehaluan dengannya dalam usaha memperjuangkan syiar Islam di negara ini.

“Pas sentiasa terbuka menerima mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan parti itu untuk terus membawa perjuangan Islam di negara ini.

“Antara parti yang dekat dengan Pas ketika ini ialah Ikatan.

“Namun, banyak juga NGO yang menjadi ‘third force’ dan veteran politik serta akademik yang akan bagi sokongan kepada Pas.

“Apa yang penting ialah dasar Pas dalam memperjuangkan Islam sampai dan kita akan usahakan pilihan raya umum akan datang, kita masih mendapat sokongan daripada rakyat,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa Pas mungkin akan bekerjasama dengan parti lain atau individu dalam menghadapi Pilihan Raya Umun Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Bagaimanapun, beliau berkata, Pas tidak akan bergabung dengan pakatan harapan mahupun UMNO atau BN, tetapi hanya bersikap profesional dengan menjalinkan hubungan kerjasama dengan semua pihak dalam isu-isu rakyat.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?