PAS pun boleh tanding di kawasan DAP

RANI PC

BANGI, Jumaat – Pas tidak rasa terancam sekiranya parti cauvinis dan rasis DAP bertanding di lapan kawasan parti itu di Selangor.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abd Rani Osman berkata mereka yakin rakyat akan membuat pilihan bijak dalan Pilihanraya Umum (PRU) akan datang walaupun akan berdepan jalan sukar pertembungan tiga penjuru dengan BN.

“Semua parti ada hak bertanding. Masuk pilihan raya untuk bertanding, bukan bersanding.

“Mereka (DAP) yang mulakan. Jangan marah kalau lepas ini kita (PAS) bertanding di tempat mereka pula,” katanya memetik portal liberal hari ini.

Meru antara kawasan yang berada dalam perkiraan DAP sekarang ini selain Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Cempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Mengulas lanjut, Rani mengibaratkan keyakinan DAP di kawasan mereka dengan pertandingan bola sepak.

“Contohnya Selangor lawan Johor. Penyokong Selangor kata boleh menang 3-2, penyokong Johor kata boleh menang 1-0. Tunggulah masa permainan tamat baru tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berhubung parti itu mungkin akan bertanding di lapan kerusi PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

“Inilah lapan kerusi yang kami percaya mempunyai pengaruh ketara dan boleh menang,” kata Tony Pua dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?