Pembesar suara: Dr Maza sokong langkah Jabatan Mufti Pulau Pinang

dr-maza-asri-tajdid

BANGI, Jumaat – Tiada keperluan untuk menguatkan bacaan Al-Quran kecuali azan, malah perkara tersebut dilarang sama sekali oleh Nabi Muhammad, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau menyifatkan perkara tersebut membawa kekeliruan kepada orang bukan Islam di antara bacaan zikir atau ayat Al-Quran dan laungan azan.

“Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain.

“Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi. Apatah lagi dalam Islam, ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak,” katanya di laman Facebook rasminya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Dr Maza berkata, sebagaimana disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad mengenai larangan perbuatan menguatkan bacaan Al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jemaah lain, hadis tersebut menjelaskan bahawa nabi melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain.

“Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga mengganggu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya,” kata Dr Maza.

Beliau berkata, umat Islam perlu menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid.

Ini kerana katanya, sikap keras mereka dalam hal ini bukanlah perjuangan mempertahankan Islam.

“Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan dan juga menjaga Islam yang harmoni.

“Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dalam satu surat bertarikh 1 September lepas menyatakan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, kecuali untuk azan dan iqamah, di negeri itu akan diwartakan tidak lama lagi.

Ia susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian