Pengunjung KLCC gempar beg berisi seluar disangka bom
KUALA LUMPUR, Sabtu – Pengunjung di Menara 2, Suria KLCC hari ini digemparkan dengan penemuan empat beg yang dikhuatiri mengandungi bom.
Beg berkenaan ditemui di bahagian tepi bangunan di antara pintu masuk utama Suria KLCC dan Menara 2 oleh polis bantuan KLCC pada kira-kira jam 10.30 pagi.
Sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi lengkap berpakaian kalis letupan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
Berikutan itu, anggota UPB melakukan prosedur meletupkan beg berkenaan pada jam 1.45 tengah hari di luar menara itu.
Namun tiada letupan berlaku.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan beg itu hanya mengandungi pakaian lelaki.
Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis bantuan pada jam 12.35 tengah hari.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan