Pesawat Russia bawa 224 penumpang terhempas di Semenanjung Sinai

russia

KAHERAH, Sabtu – Sebuah pesawat Russia yang membawa 224 penumpang, termasuk 17 kanak-kanak dan anak kapal terhempas di Semenanjung Sinai, berdekatan kawasan di mana tentera Mesir sedang memerangi puak ISIL, semalam.

Perkara tersebut disahkan oleh pejabat Perdana Menteri Mesir dalam satu kenyataan media.

Pesawat Airbus A-321 yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia, Kogalymavia dengan nombor pendaftaran KGL-9268 baru sahaja berlepas dari Sharm el-Sheikh di Laut Merah ke bandar St Petersburg, Russia.

Jurucakap pihak berkuasa penerbangan Russia, Rosaviatia berkata, pesawat itu berlepas dari Sharm el-Sheikh pada jam 6.51 pagi waktu Moscow dan dijangka tiba di Lapangan Terbang St Petersburg, Pulkovo jam 12.10 tengah hari.

Sumber keselamatan Mesir berkata, tiada sebarang petunjuk bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh oleh militan Islam yang aktif di bahagian Sinai.

FAKTA
* Pesawat Russia hilang dari radar pada ketinggian 31,000 kaki;
* Pasukan penyelamat mengesahkan pesawat musnah sama sekali;
* Pesawat berlepas dari Sharm el-Sheikh ke St Petersburg;
* 224 penumpang, termasuk 17 kanak-kanak, 200 dewasa dan tujuh anak kapal;
* Tiada yang terselamat, 45 ambulans bergegas ke tempat kejadian; dan
* Pesawat Airbus KGL-9268 dikendalikan syarikat penerbangan Russia, Kogalymavia.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?