Port Dickson, Langkawi antara 17 lokasi catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR 24 Jun 2013-Suasana dari menara Maybank ini menunjukkan keadaan berjerebu yang semakin teruk di seluruh bandaraya Kuala Lumpur di sini hari ini.Gambar:MOHD NAJIB MOHD NOR (PIC ONLY)

KUALA LUMPUR, Isnin – Destinasi pelancongan Langkawi dan Port Dickson menjadi antara 17 kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 3 petang ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, kedua-dua lokasi itu masing-masing merekodkan IPU 156 dan 101.

Kawasan lain yang menghadapi situasi serupa ialah Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (142); Seberang Jaya 2, Perai (141); Kampung Air Putih, Taiping (136); Alor Star (131); Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (129); serta Perai dan Bakar Arang, Sungai Petani (masing-masing 125).

Turut mengalami IPU dalam kategori sama ialah Seri Manjung (121); Kangar (119); Bandaraya Melaka (111); Bukit Rambai (109); Jalan Tasek, Ipoh (107) Kuala Selangor (106); Shah Alam (103) dan Pasir Gudang (101).

Sejumlah 25 kawasan lain merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya Pelabuhan Klang (99); Banting (96); Batu Muda, Kuala Lumpur (95); Petaling Jaya (91); SMK Tanjung Chat, Kota Bharu dan Kota Tinggi (masing-masing 90); Larkin Lama (89); Putrajaya (88) dam Tanjung Malim (87).

Sementara itu, sembilan kawasan di Sabah dan Sarawak mencatat bacaan IPU sihat antara 20 dan 50 termasuk Kuching (50); Sandakan (46); Keningau (44) dan Bintulu (35).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian