Qurban Perdana Isma DHL seru kesatuan ummah
BANGI, 5 Okt – Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Hulu Langat (Isma DHL) bersama Yayasan Ikhlas dan Persatuan Belia Islam Cawangan Bangi (PEMBINA Bangi) telah menjayakan Qurban Perdana dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Surau As-Sumayyah, Apartment Intana Ria, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.
Daging sembelihan ibadah korban ini diagihkan ke rumah-rumah penduduk setempat dan sebahagian dijamu kepada kariah yang terlibat menjayakan ibadah kurban.
Program ini turut disertai oleh Yang di-Pertua ISMA DHL, Saudara Mohd Noor Azib Asmangi.
“Saya mengharapkan agar ibrah dari majlis korban Aidiladha ini dapat menjadikan kita umat Islam yang lebih taat kepada tuntutan al-Quran untuk terus bersatu padu menegakkan syariat dan menghadapi ancaman musuh.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada warga Intana Ria khususnya kerana memberi laluan untuk kerjasama erat ini,” katanya.
Menurut Syafiq Saidin, Pengarah Qurban Perdana ini ketika ditemu bual menyebut, ibadah korban anjuran ISMA kerjasama Yayasan Ikhlas dan PEMBINA turut diadakan di banyak tempat di seluruh negara selain di Aceh dan Kemboja.
Ulasan
Catat Ulasan