Ratusan ahli akademik UK boikot Israel demi Palestin

People take part in a pro-Palestinian demonstration on October 10, 2015 in Paris, calling for a boycott of Israel and for the recognition of the State of Palestine. Since October 1, 2015 and the murder of two West Bank settlers, clashes in Israel have left at least four Israelis and 17 Palestinians dead. AFP PHOTO / MATTHIEU ALEXANDREMATTHIEU ALEXANDRE/AFP/Getty Images

LONDON, Jumaat – Kekejaman dan keganasan rejim Zionis terhadap penduduk di Palestin membuka hati ratusan ahli akademik di Britain untuk memboikot universiti di Israel.

Perkara itu diumumkan menerusi iklan satu muka penuh di akhbar The Guardian yang bertajuk ‘Komitmen oleh cendekiawan UK terhadap hak rakyat Palestin’.

Seramai 343 ahli akdemik dari 72 seluruh Britain termasuk Oxford, Cambridge dan Sekolah Ekonomi London menegaskan bahawa mereka akan memulau universiti di Israel sebagai menunjukkan bantahan terhadap kekejaman Zionis.

Mereka juga memutuskan untuk tidak melayani semua pelawaan melawat institusi akademi Israel, termasuk menyertai persidangan yang dibiayai, dianjur atau ditaja oleh institusi terbabit.

“Ini bermakna kita tidak akan mengadakan kerjasama dengan mereka. Kami akan mengekalkan pendirian ini sehingga rejim Israel mematuhi undang-undang antarabangsa dan menghormati prinsip hak asasi universal.

“Ini kerana kami terganggu dengan pendudukan haram Israel di bumi Palestin dan pencabulan yang dasyat terhadap hak asasi manusia ke atas semua warga Palestin,” kata ahli akademik itu menerusi iklan berkenaan.

Sementara itu Jurucakap kumpulan itu Jonathan Rosenhead dari Sekolah Ekonomi London berkata, universiti di Israel menjadi pusat pencabulan undang-undang antarabangsa dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

Ini dibuktikan apabila Institut Teknologi Israel atau Technion mencipta teknologi khas mengesan terowong di Semenanjung Gaza dan jentolak tanpa pemandu untuk merobohkan kediaman penduduk di Palestin. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?