Ringgit jatuh, UMW Toyota umum kenaikan harga kereta

toyota

Kuala Lumpur, Selasa – Pengedar kenderaan Toyota dan Lexus, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) mengumumkan akan berlaku peningkatan harga jualan kenderaan model Toyota dan Lexus pada Januari akan datang berikutan kejatuhan nilai ringgit.

Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki berkata bermula awal tahun ini perubahan nilai ringgit telah menjejaskan perniagaan syarikatnya memandangkan beberapa alat ganti dan komponen adalah barangan yang diimport dan sekali gus menaikkan kos operasi keseluruhan.

“Peningkatan ini tidak dapat dielakkan kerana tidak ada petunjuk jelas bila keadaan ringgit Malaysia akan pulih.

“Kami telah berusaha sehabis baik untuk meningkatkan harga pada kadar yang minimal,” katanya.

Beliau berkata, kesan kemerosotan nilai ringgit sebanyak 20 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sekaligus meningkatkan kos operasi UMW Toyota.

“Kejatuhan nilai ringgit yang terlalu mendadak dan besar di dalam masa yang singkat ini telah memberikan impak kepada operasi kami.

“Jika nilai ringgit masih terus menurun, syarikat ini mungkin perlu untuk mengkaji semula struktur harganya,” katanya.

Kenaikan nilai pasaran diumumkan meningkat sebanyak 4 peratus sehingga 16 peratus mengikut model-model kenderaan yang berbeza.

Syarikat itu juga telah menimbang semula kesemua cabang-cabang kemungkinan, tetapi tidak mempunyai pilihan melainkan dengan cara memindahkan sebahagian daripada kos itu kepada pengguna untuk mengimbangi kenaikan kos input disebabkan oleh kekukuhan nilai wang dollar AS berbanding ringgit.

“Dengan kenaikan harga kenderaan kami, kami hanya mampu pulih sebahagian sahaja dan bukan 100 peratus daripada impak yang telah kami terima sejak beberapa bulan ini,” katanya.

Pada bulan lalu, syarikat BMW Group Malaysia berkata, mereka mungkin akan mengubah harga jualan keretanya jika nilai ringgit masih terus-menerus lemah berbanding wang euro.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, pengimport akan menghadapi tekanan kewangan apabila mata wang tempatan telah menurunkan nilai.

Sementara itu, Pengarah Urusan DRB-Hicm Bhd, Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata bahawa syarikat itu tidak mempunyai rancangan segera untuk meningkatkan harga kenderaannya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian