Serangan Israel ke atas Hamas di Gaza membunuh wanita Palestin, kanak-kanak

israeli jet

GAZA, Ahad – Serangan udara tentera Israel ke atas Hamas di Semenanjung Gaza telah memusnahkan sebuah rumah berdekatan sehingga mengakibatkan seorang wanita dan anak perempuannya terbunuh pada Ahad.

Saksi kejadian berkata, letupan kuat di salah sebuah kem Hamas di Bandar Gaza itu menyebabkan rumah berdekatan runtuh ketika penduduknya sedang tidur.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qidra berkata wanita yang terbunuh itu berusia 30 tahun dan hamil manakala anak perempuannya berusia tiga tahun.

Katanya lagi, seorang kanak-kanak berusia lima tahun dan seorang lelaki turut mengalami kecederaan selepas kejadian itu.

Pegawai hospital tempatan berkata, gelombang keganasan yang berlaku di rantau ini telah mencetuskan kebimbangan kepada penduduk Gaza.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Israel berkata mereka mensasarkan dua tapak senjata milik Hamas, kumpulan militan Islam yang menguasai Gaza sebagai tindakan balas kepada pelancaran dua serangan roket ke Israel pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Bagaimanapun, tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melancarkan roket berhampiran bandar Israel selatan Ashkelon.

Namun, tentera Israel berkata ia dilakukan oleh kumpulan Hamas yang bertanggungjawab terhadap sebarang serangan dari Gaza.

Dalam tempoh 12 hari pertumpahan darah, empat rakyat Israel dan 22 rakyat Palestin, telah terbunuh di Jerusalem, Tebing Barat, Gaza dan bandar-bandar Israel.

Ini sekaligus telah menimbulkan kebimbangan bahawa pemberontakan Palestin semakin berada di peringkat yang membimbangkan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian