Tampar imam Masjid Negara, lelaki warga India didenda RM12,000

tampar_arab_600

KUALA LUMPUR, Jumaat – Lelaki warga India, Shabir Ahmad Khan, 31, yang menampar imam Masjid Negara ketika solat Jumaat September lalu didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Keputusan dibuat Majistret Siti Radziah Kamarudin apabila Shabir mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan termasuk dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39.

Mahkamah turut memerintahkan Shabir dipenjara 3 bulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan. 

Shabir juga diperintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Susulan itu mahkamah menetapkan 30 Oktober depan untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan mental tertuduh.

Shabir sebelum ini dilaporkan menampar imam yang sedang membaca surah al-Fatihah kira-kira jam 1.30 tengah hari dalam rakaat pertama solat Jumaat.

Dia cuba merampas mikrofon yang berada pada jubah dipakai Mohd Zuhairee, namun gagal menyebabkannya berang lalu mengambil tindakan menampar imam itu secara tiba-tiba.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?