Tiada lagi catuan bekalan air di Selangor: Azmin Ali
BANGI, Jumaat – Kerajaan Selangor mengumumkan bahawa tiada lagi catuan bekalan air berlaku di negeri itu sekaligus kekal komited meneruskan komitmen program air percuma pada tahun 2016 dengan belanja RM1.06 bilion.
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menasihatkan rakyat Selangor membudayakan amalan konservasi air dalam kehidupan seharian.
“Setelah berjaya merungkai kemelut panjang penswastaan industri perkhidmatan air, kini rakyat Selangor berjaya memiliki semula industri ini.
“Kejayaan ini membolehkan industri perkhidmatan air disusun semula ke arah perkhidmatan yang holistik berteraskan ketelusan, kebertanggungjawaban, efisyen dan kos efektif.
“Mulai 15 Oktober, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dengan rasminya mengambil alih pengurusan operasi Syabas dan Puncak Niaga Sdn Bhd. Dengan kejayaan ini, InsyaALLAH, tidak akan berlaku lagi catuan bekalan air di Selangor,” katanya.
Beliau berkata statistik mendapati kadar penggunaan domestik adalah sebanyak 236 liter per orang sehari.
Katanya lagi, kadar penggunaan itu adalah sangat tinggi berbanding kadar penggunaan di Singapura hanya sebanyak 170 liter per orang sehari.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan