TPPA: Teks perjanjian dirahsiakan jadi kontroversi

yahudi-tppa (1)

BANGI, Sabtu – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dipersetujui 12 negara, termasuk Malaysia pada 5 Oktober lalu banyak mengundang kontroversi terutama apabila teks perjanjian itu dirahsiakan.

Sehubungan itu, Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata rata-rata rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan itu kerana ianya seolah-olah menidakkan hak rakyat untuk mengetahui hal yang membabitkan kepentingan mereka.

Katanya, jika perjanjian itu ditandatangani, Parlimen akan hilang kuasa untuk menerima atau menolak sebarang dasar atau undang-undang yang dibentang jika ia didapati melanggari mana-mana klausa dalam teks TPPA yang ditandatangani.

“Mengikut TPPA, sesebuah syarikat asing jika menfailkan suatu tuntutan di tribunal antarabangsa akibat perusahaannya dilihat terkesan atau keuntungan yang diraih terjejas oleh dasar atau undang-undang tempatan yang digubal dan dikuatkuasakan akan menidakkan sebarang kuasa Parlimen atau sistem judisiari negara untuk membatalkannya.

“Sehubungan itu, sebarang undang-undang yang diluluskan di Parlimen dan didapati melanggar mana-mana klausa dalam TPPA serta menjejaskan pelabur asing, akan mendedahkan negara kepada risiko diheret ke Tribunal Perdagangan Antarabangsa melalui mekanisme “Investor State Dispute Settlement”,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Justeru, bagi mengelakkan rakyat daripada dikhianati, beliau berkata, Kongres Rakyat sekali lagi menggesa Ahli Parlimen supaya tidak menerima perjanjian yang akan mengikat Malaysia secara halus ini.

NGO ini juga akan melancarkan mobilisasi massa supaya setiap rakyat memahami implikasi daripada perjanjian TPPA yang tidak adil ini juga pada hakikatnya bersifat menjajah yang dieksploitasi sepenuhnya oleh kuasa besar, Amerika Syarikat.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian