Vape: Kerajaan ketepi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

Vape ismail1

BANGI, Jumaat – Keputusan kerajaan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik dalam kalangan pengguna dan penjual bertentangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ini berikutan apabila Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan bahawa kerajaan tidak akan mengharamkan penggunaan vape.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Ismail menerusi akaun Facebooknya yang mengatakan kabinet telah sebulat suara tidak akan mengharamkan penggunaan vape selepas mengambil kira aspirasi anak muda.

“Berita baik untuk vapers, vaper brewers dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda,” kata Ismail.

Sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan menegaskan bahawa rokok elektronik atau vape yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat telah difatwakan sebagai haram.

Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata keputusan itu mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah diputuskan sebelum ini.

“Kita sudah bincangkan rokok dan shisha dan kita boleh samakan dengan vape. Apabila cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ia membazirkan dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan ini sama, maka kita mengatakannya haram,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?