VIDEO: Ejen Zionis menyamar jadi pemuda Palestin serang tentera Israel

isral

Ejen Israel yang menyamar sebagai penunjuk perasaan menembak pemuda Palestin sebelum menangkap mereka. Klip video di bawah.

JERUSALEM, Khamis – Dua pemuda Palestin cedera ditembak dalam satu kejadian membabitkan lapan ejen rejim Zionis yang menyamar dengan berpakaian seperti warga Palestin, menutup muka mereka dengan skaf.

Ejen yang menyamar itu bukan saja menyusup ke dalam sekumpulan penunjuk perasaan, malah turut terbabit membaling batu ke arah tentera Israel, sebelum bertindak mengeluarkan pistol dan menahan pemuda Palestin terbabit.

Perbuatan ejen Israel itu bagaimanapun dirakam sekumpulan wartawan ketika pertempuran di kawasan penempatan Beit El di luar Ramallah, semalam.

Rakaman video menunjukkan pemuda Palestin melarikan diri, selepas ejen Zionis mengeluarkan senjata dan cuba menahan penunjuk perasaan.

Tentera Israel juga dengan pantas memberi bantuan kepada ejen mereka menangkap penunjuk perasaan terbabit.

Tiga pemuda Palestin ditangkap, di mana dua daripadanya ditembak dan dipukul.

Dalam kejadian itu sekurang-kurangnya 350 penunjuk perasaan warga Palestin membaling batu ke arah tentera Israel.

Jurucakap tentera Israel enggan mengulas mengenai penggunaan ejen yang menyamar sebagai penunjuk perasaan sebagaimana khabar angin sejak lama dahulu.

Pegawai Pertubuhan Palang Merah Palestin pula memberitahu mereka dihalang daripada memberi rawatan kepada dua warga Palestin yang cedera.

Israel dilaporkan sudah lama menggunakan ejen yang menyamar sebagai warga Palestin dan menyusup ke dalam penunjuk perasaan dan komuniti Palestin.

Wartawan AFP yang merakam video kejadian semalam berkata, adalah menjadi perkara biasa bagi Israel untuk menggunakan taktik menghantar ejen menyamar ke dalam komuniti Palestin.

“Saya sudah menyaksikan penyamaran itu sebelum ini. Tetapi, inilah kali pertama saya menyaksikan ejen-ejen itu menembak menggunakan peluru hidup ke arah penunjuk perasaan,” katanya. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian