Banjir: Semua hospital dilengkapi keperluan bertahan dua minggu

S Subramaniam Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA, Isnin – Semua hospital di bawah seliaan Kementerian Kesihatan telah dilengkapi dengan pelbagai keperluan yang mampu bertahan lebih dua minggu sebagai persiapan menghadapi banjir pada musim tengkujuh ini.
 
Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata kesemua keperluan itu sentiasa berada dalam keadaan siap sedia bagi melindungi hospital ketika banjir.
 
“Sebagai contoh, janakuasa, bekalan air, ubat-ubatan dan apa sahaja keperluan yang diperlukan disediakan bagi membolehkan hospital berfungsi ketika banjir.
 
“Perancangan kami dibuat berdasarkan pengalaman dilanda banjir tahun lepas dengan kesemua hospital yang dilanda banjir dapat bertahan selama dua minggu,” katanya ketika ditanya tentang persediaan kementerian bagi menghadapi banjir.
 
Jumaat lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah dan jingga bagi negeri-negeri pantai timur dan Johor.
 
Amaran hujan lebat peringkat merah dikeluarkan bagi kawasan Kota Baharu, Pasir Puteh, Bachok dan Tumpat di Kelantan manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?