‘Dadah larut air boleh dijadikan perisa vape’

abdul-aziz-yusof1-aug25

SHAH ALAM, Selasa – Beberapa laporan mengenai kewujudan vape berperisa ketum dan dadah jenis syabu di negeri Johor baru-baru ini sepatunya menjadi salah satu sebab utama vape perlu diharamkan di negara ini dalam masa yang segera.

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz berkata di luar negara juga terdapat kes yang menunjukkan pengguna vape mencampurkan dadah di dalam perisa vape mereka.

“Perbuatan ini sudah menjadi satu trend di Amerika Syarikat

“Caranya adalah dengan melarutkan dadah seperti syabu, marijuana dan lain-lain dadah yang boleh larut dalam air. Kemudian, dadah ini dimasukkan dalam botol vape dan dihisap,” katanya dalam Sinar Harian.

Menurut beliau, golongan belia yang turut menghisap vape kini dikhuatiri akan terjebak dengan mudahnya dalam masalah penyalahgunaan dadah.

“Kalau kita lihat sekarang pelajar sekolah pun hisap vape. Secara tidak langsung akan memudahkan lagi golongan ini untuk terjebak dengan dadah.

“Malah, pengambilannya boleh dilakukan secara terbuka. Sebab itu kena ada pencegahan daripada sekarang ,” katanya.

Beliau juga berkata, penggunaan dadah di dalam perisa vape sukar untuk dikesan kerana berdasarkan Agensi Dadah Amerika ianya perlu dibawa ke makmal untuk dikesan dan disahkan.

Jadi bagi saya lebih baik vape diharamkan sebelum budaya mencampurkan dadah dalam vape merebak ke negara ini,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?