Kelantan tidak benar kedai vape beroperasi
KOTA BHARU, Selasa – Kerajaan Kelantan menetapkan pendirian untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen premis kepada mana-mana perniagaan yang menjual rokok elektronik atau vape.
Susulan itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata tidak ada mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini yang akan mengeluarkan lesen premis perniagaan vape.
“Begitu juga syisya. PBT tidak mengeluarkan sebarang lesen premis, malah kalau dikesan beroperasi peralatan perniagaan mereka boleh dirampas,” katanya memetik Harakah Daily.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) pada persidangan Dun hari ini berkenaan isu vape.
Datuk Fattah berkata, ketika ini kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat daripada Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Mufti sebelum mengambil tindakan lanjut.
Minggu lalu, kerajaan membuat keputusan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape dalam kalangan pengguna dan penjual.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi status di Facebooknya.
“Berita baik untuk vapers, vaper brewers dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape. Terima kasih kepada PM dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda,” katanya.
Bagaimanapun keputuan kerajaan itu dilihat bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan