Kementerian Kesihatan junjung titah Sultan haramkan vape di Johor
KUALA LUMPUR, Isnin – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar apabila mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu bermula Januari depan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Subramaniam berkata pihaknya menyambut baik titah berkenaan kerana sekaligus dapat membantu mengawal ketat isu e-rokok atau vape ini.
“Titah baginda Sultan Johor selari dengan hasrat kementerian untuk mencapai ‘Generasi Malaysia Bebas Rokok’ menjelang 2045,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, baginda menitahkan untuk memberikan tempoh sebulan kepada vape untuk menamatkan operasi.
“Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.
“Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.
“Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape,” titah baginda.
Susulan itu Subramaniam berkata, titah perintah itu akan membantu mengawal masalah merokok secara amnya dan mengurangkan amalan vape yang tidak terkawal ketika ini.
Vape dikatakan berbahaya kerana mengandungi sejenis nikotin yang bervariasi iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol dan gliserin, yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine sejenis larutan yang boleh menyebabkan kanser.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan