Kementerian Kesihatan serbu kedai jual vape
SUBANG JAYA, Khamis – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ternyata membuktikan usaha mereka untuk bertindak segera dan cepat dalam memerangi vape bernikotin apabila mereka mula melancarkan serbuan terhadap beberapa kedai yang menjual perisa vape itu hari ini.
Kawasan serbuan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah di sekitar Subang Jaya dan ‘Cloud Houze Taipan’ merupakan antara kedai yang menjadi serbuan pertama mereka.
Hal ini menjadi viral apabila video operasi oleh anggota penguatkuasa tersebut dikongsi menerusi media sosial tempatan hari ini.
Berdasarkan rakaman selama 1 minit 18 saat itu menunjukkan pihak penguatkuasa KKM sibuk memeriksa isi kandungan cecair dalam perisa vape di kedai berkenaan dan kelihatan peniaga turut memberi kerjasama.
Tindakan serbuan itu dibuat di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 kerana penjualan nikotin tanpa lesen di pasaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
Namun, vape tidak diharamkan oleh pihak kerajaan.
Peniaga yang didapati ingkar boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-dua sekali.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan