KL Summit 2015 berjaya hurai kekusutan demokrasi, kebebasan

851308709_5304_10363299550729305840

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Isnin – Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) berjaya merumuskan kefahaman yang dipersetujui bersama mengenai kebebasan dan demokrasi mengikut perspektif Islam.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata persidangan selama tiga hari itu telah memberikan kefahaman mengenai keterbatasan sistem demokrasi dalam merealisasikan kestabilan dan kemajuan.

“Demokrasi mengandungi peluang dan bahaya serta ia secara sendiri tidak membolehkan kita capai apa yang kita inginkan.

“Bahkan sistem demokrasi itu perlu diperkasakan dengan urus tadbir yg baik,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb hari ini.

Mengulas lanjut katanya, Barat telah menyempitkan pengertian urus tadbir yang baik berbanding dengan konsep yang terkandung dalam khazanah peninggalan Islam yang sangat luas merangkumi konsep khalifah, amanah dan istiqamah.

“Saya amat tertarik dengan pembentangan oleh Presiden Gerakan Keadilan Sejagat (JUST), Dr Chandra Muzaffar mengenai Greek yang telah memperkenalkan falsafah demokrasi lebih awal dari kebangkitan Rasulullah s.a.w, tetapi Quran dan Sunnah tidak sebut perkataan demokrasi walau sekali pun.

“Sebaliknya, Al-Quran dan Sunnah penuh dengan elemen pengurusan yang baik.

“Ini menunjukkan demokrasi dan kebebasan bukan perkara asas dalam mencapai kemajuan dan kestabilan,” katanya.

Persidangan KL Summit 2015 telah berakhir semalam selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan sembilan resolusi yang telah dipersetujui sepanjang persidangan itu.

Ia berjaya mengumpulkan delegasi dari lebih 21 buah negara yang terdiri daripada kalangan pemimpin negara, ahli politik dan pemikir Islam.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?