Lebih ramai akan dihadap ke Lembaga Disiplin UMNO: Ku Nan
BANGI, Isnin – Lembaga Disiplin UMNO akan mengambil tindakan disiplin bukan sahaja terhadap tujuh pemimpin yang dikaitkan telah mengkritik kerajaan sebelum ini malah keatas lebih ramai individu lain.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ia termasuk ketua-ketua cawangan yang dianggap tidak berdisiplin dalam mengeluarkan kenyataan.
“Ada juga ketua-ketua cawangan akan turut dipanggil kerana tidak mempunyai disiplin dalam parti,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.
Mengulas berhubung tindakan beberapa ketua cawangan yang mendesak Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan, Tengku Adnan memaklumkan bahawa bahawa kenyataan yang dikeluarkan tersebut adalah merupakan suara individu dan tidak melibatkan cawangan.
“Kalau ikut perlembagaan, keputusan untuk menolak presiden seharusnya melalui mesyuarat cawangan dan ianya mesti dihadiri oleh dua pertiga ahli jawatankuasa cawangan.
“Sekiranya usul berkenaan diluluskan, ia akan dibawa balik ke bahagian dan pihak berkenaan akan menentukan sebarangt keputusan.
“Selepas itu, tiap-tiap bahagian akan hantar laporan berkenaan ke ibu pejabat. Namun lepas kita buat semakan sebelum ini, tak ada pun mana-mana cawangan yang menghantar usul atau laporan,” katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan