Muhyiddin tak mahu jadi Timbalan Presiden bisu

muhyiddin

MUAR, Isnin – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak mahu menjadi Timbalan Presiden UMNO yang bisu dalam menegakkan kebenaran demi agama, bangsa dan negara.

Katanya, beliau akan terus bersuara kerana mahu menegakkan kebenaran biarpun dituduh melanggar disiplin parti.

“Adakah negara ini sudah tidak mempunyai hak bersuara, adakah hanya saya memberikan pandangan dan nasihat sebelum ini, ianya tindakan yang salah?

“Saya percaya jika saya tidak bersuara, rakyat sendiri akan bersuara dan sebab itulah saya bersuara dahulu, demi rakyat…

“Bukan nak menentang atau sekadar menentang tetapi untuk kebajikan kita dan anak cucu kita nanti,” katanya pada program perhimpunan sokongan kepada beliau di Kompleks Sri Pekembar, semalam.

Muhyiddin berkata, beliau tetap tidak berdiam diri jika berlakunya perkara yang salah, walaupun dipecat daripada UMNO dan bersedia menjadi Ahli Parlimen bebas.

“Disebabkan pandangan dan juga nasihat berkenaan juga telah menyebabkan nama saya tersenarai dalam tujuh orang yang ingin merosakkan UMNO, walhal pada hakikatnya jiwa saya tetap pada UMNO.

“Saya buat semua ini dengan bersuara adalah kerana UMNO, kerana rakyat kerana sayangkan masa depan UMNO, dan adakah dengan suara saya ini (nasihat) saya tidak dibenar berucap lagi di persidangan UMNO?,” katanya.

Pada program itu, satu memorandum mewakili 106 Ketua UMNO cawangan di bahagian Pagoh membabitkan 22,400 ahli yang menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi, diserahkan kepada beliau.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?