Peguam dakwa Sultan tiada kuasa haramkan vape

Gambar: TMI

Gambar: TMI

KUALA LUMPUR, Isnin – Seorang peguam, Syahredzan Johan mendakwa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape kerana bidang kuasa itu di bawah kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk melaksanakan larangan berkenaan mengikut titah Sultan Ibrahim, namun kerajaan negeri juga boleh memilih untuk tidak melaksanakan larangan itu.

“Jika larangan itu dilaksanakan, ia hanya melibatkan pengharaman menjual produk vape di peringkat majlis tempatan.

“Kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengharamkan perbuatan menghisap vape kerana bidang kuasa itu terletak di bawah Kerajaan Persekutuan,” kata Syahredzan melalui status yang dimuat naik di Facebooknya.

Status berkenaan merupakan respon kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam yang mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu bermula Januari depan.

“Saya mahu premis vape ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan. Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

“Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape,” titah Sultan Ibrahim.

Mengulas lanjut Syahredzan juga berkata beliau turut bersetuju dengan titah Sultan Johor itu yang menganggap isu vape tidak sepatutnya dijadikan isu perkauman.

“Saya menyokong penuh kenyataan DYMM bahawa rakyat tidak seharusnya menjadikan vape ini isu perkauman seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak,” katanya. 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?