Perisa ‘vape’ bakal dirampas
KUALA LUMPUR, Selasa – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan bakal mengambil tindakan merampas perisa vape dari semua peniaga di seluruh negara dalam tempoh terdekat.
Katanya, ini adalah satu usaha bagi mengurangkan rakyat Malaysia terjerumus dalam habit tidak sihat itu.
“Saya telah menyatakan di Bangi dengan jelas bahawa tubuh manusia tidak dibuat Tuhan untuk menyedut asap yang dibuat dari benda-benda lain,” kata Menteri Kesihatan itu.
Mengikut Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983, kementerian mempunyai kuasa merampas perisa vape kerana kedai vape tidak mempunyai lesen untuk menjual sebarang produk yang mengandungi nikotin.
“Ianya adalah dalam kuasa kita, kita pasti boleh mengambil tindakan terhadap orang yang menjual nikotin [tanpa lesen].
Beliau juga berkata bahawa kementerian akan mula memeriksa kedai vape dan merampas produk nikotin tidak lama lagi.
“Kami pasti akan bergerak dan bergerak cepat.
“Bagi Kementerian Kesihatan, mesej kami adalah jelas. Jangan Vape,” kata Dr Subramaniam.
Ulasan
Catat Ulasan