Polis minta hak jagaan dua anggota Abu Sayyaf ditangkap di Filipina

KHALID ABU BAKAR / WAWANCARA KHAS HARI POLIS KE 208

KUALA LUMPUR, Isnin – Polis DiRaja Malaysia sedang meminta hak penjagaan dua lelaki termasuk anggota penting dalam Muktadir bersaudara yang ditahan oleh pihak berkuasa Filipina pada hari Sabtu kerana dikatakan telah terlibat dengan penculikan di Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka telah menerima maklumat bahawa Kadafi Kamsa dan satu lagi pemberontak Abu Sayyaf, Saddam Jailani dipercayai terlibat dalam kes pancung kepala Bernard Ghen Ted Fen itu dan telah ditangkap secara berasingan.

“Kami telah memberitahu pihak berkuasa Filipina hasrat kami untuk membawa mereka ke sini untuk disiasat dan kami sedang dalam proses menghantar permohonan rasmi,” katanya yang dipetik dari portal The Star.

Bernard, seorang jurutera yang berumur 39 tahun diculik pada 11 Mei 2015 di Sandakan, Sabah dan dipancung pada 17 November di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Filipina.

Dia dibunuh selepas beberapa jam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Manila bagi menghadiri persidangan dua hari Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?