Resolusi KL Summit 2015

KL Summit

Resolusi KL Summit 2015

  1. Untuk mengimplementasikan demokrasi dan kebebasan untuk mewujudkan tadbir urus yang baik sebagai keutamaan dalam membuat peralihan yang kukuh ke arah kestabilan dan pembangunan.
  1. Untuk mencapai keberhasilan perkara ini, maka pengorbanan dari semua pihak yang terlibat adalah sangat diperlukan. Ini kerana waktu diperlukan untuk mencapai perubahan demokratik kerana beban untuk mengimplementasikan kebebasan dan prinsip demokrasi untuk tadbir urus yang baik adalah lebih sukar daripada apa yang dibayangkan.
  1. Untuk memastikan kejayaan, mesti ada kefahaman mengenai had kebebasan, kebersediaan untuk menerima keputusan demokrasi dalam rangka kerja Islam dan menyebarkan idea-idea ini kepada umat melalui media seperti pendidikan asas, media massa, nilai budaya dan Fiqhiyyah. Jika kita beri pemahaman yang kurang atau sempit mengenai isu kebebasan kepada rakyat, maka demokrasi ini tidak akan berjaya.
  1. Perpaduan dan kerjasama antara masyarakat Islam sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam adalah satu keperluan dalam pembinaan sebuah sistem politik yang bebas dan demokratik dalam proses membendung campur tangan asing.
  1. Memahami kepelbagaian etnik, golongan, budaya dan hak rakyat adalah asas kesaksamaan untuk rakyat dan keadilan peluang dan pelaksanaan program ini. Tanpa pemahaman ini perpecahan yang terhasil akan mengurangkan kekuatan ummah. Adalah penting untuk ingat bahawa Allah swt hanya akan membantu ummah jika ummah membantu dirinya dahulu.
  1. Memberi keutamaan kepada penglibatan rakyat negara berdasarkan kekuatan asas mereka untuk membina sebuah negara berperlembagaan dan berdaulat dan menghalang daripada terlibat dalam pertempuran kecil atau tidak relevan atas perbezaan kecil yang memberi kelebihan kepada sistem autokratik dan campur tangan asing.
  1. Kepentingan membina asas negara yang kukuh dan menyeluruh untuk berdepan dengan ideologi dan politik yang akan mencabar umat.
  1. Memberi usaha yang paling tinggi untuk memperoleh apa yang kita boleh bentuk daripada proses kebangkitan ini, menahan diri daripada konflik dan meyakinkan sistem semasa yang perubahan melalui demokrasi akan menyebabkan kestabilan, keamanan dan pembangunan, memastikan pihak berkuasa tempatan dan global untuk memahami manfaat dan melindungi hak-hak rakyat daripada dipaksa ke dalam amalan kebebasan dan demokrasi yang salah dan gagal mendapat manfaat daripada proses tersebut.
  1. Kepentingan meyakinkan kerajaan bahawa terdapat banyak kelebihan demokrasi termasuk kebebasan, dan menolak ia sedangkan rakyat menuntut perubahan dan pembaharuan akan menjadi satu kehilangan besar dan akan mengundang krisis yang tidak diperlukan. Di akhirnya, kemahuan rakyat juga yang akan bersuara.

Dibacakan oleh Pengerusi KL Summit, Tun Dr. Mahathir Mohamed
29 November 2015
Hotel Istana

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian