Tol: PLUS berhak naikkan 5 peratus setiap 3 tahun sehingga 2038

rebat tol

KUALA LUMPUR, Isnin – Syarikat konsesi Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhak menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus bagi setiap tiga tahun bermula tahun depan sehingga akhir tempoh perjanjian pada 2038.

Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata berdasarkan perjanjian konsesi yang ditandatangani dengan PLUS pada November 2011, tidak akan ada kenaikan sehingga 2015 kecuali bagi Jambatan Pulau Pinang di mana kadar tol kekal sama sehingga 31 Disember 2038.

“Perjanjian terkini juga menetapkan kenaikan kadar tol sebanyak lima peratus setiap tiga tahun mulai 2016 sehingga akhir tempoh konsesi pada 31 Disember, 2038,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Penjelasan beliau menyusul selepas jawapan di Parlimen berhubung soalan tambahan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari mengenai kenaikan tol seterusnya sehingga ke tempoh akhir perjanjian konsesi dan kadarnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?