Tugas pendakwah bukan sekadar memindah maklumat

ust hazizi

SEREMBAN, Isnin – Pendakwah mesti mempunyai kemahiran untuk mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada masyarakat, bukan semata-mata memindahkan maklumat.

Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman, berkata kemahiran itu adalah asas yang paling penting bagi seorang pendakwah.

“Sebagai pendakwah dan pemimpin, penyampaian yang berkesan bukan semata-mata untuk memindahkan maklumat, tetapi yang lebih penting berperanan untuk mempengaruhi, mengubah cara fikir dan memberi inspirasi.

Katanya, mesej adalah elemen paling penting yang memainkan peranan berkenaan.

“Terdapat puluhan teknik dan petua untuk membuat penyampaian berkesan. Namun, teknik dan petua yang banyak itu ibarat puluhan ranting dan daun.

“Dua tonggak utama bagi penyampaian yang berkesan ialah diri anda dan mesej yang anda ingin sampaikan.

“Anda adalah mesej, yang pertama sampai ke fikiran hadirin. Sebelum audiens mendengar kata-kata anda, mereka sudah mempunyai persepsi awal terhadap mesej yang mahu anda sampaikan,” katanya pada Persidangan Pendakwah Nasional dalam pembentangan kertas kerja bertajuk ‘Teknik Penyampaian Berkesan’, di sini, semalam.

Persidangan Pendakwah Nasional adalah program anjuran Biro Dakwah Isma bertujuan membincangkan bagaimana teknik dan bahan terbaik untuk menggencarkan dakwah Islam kepada masyarakat.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?