Tun M persoal 1MDB jual aset ketika kejatuhan nilai ringgit

tun-mahathir-1

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal tindakan syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila menjual stesen kuasa Edra Global Energy Bhd atas alasan mahu mengurangkan hutang mereka.

Menolak alasan itu katanya, mana mungkin 1MDB dapat mengurangkan hutang mereka di kala kejatuhan nilai ringgit yang sedang melanda.

“Setelah Edra dijual dengan RM9.83 bilion, bagaimana ia boleh mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM16-RM18 bilion?

“Sekali lagi mengambil kira kejatuhan nilai ringgit, bagaimana hutang dalam dolar AS dapat dikurangkan?” soal Tun M melalui tulisannya bertajuk 1MDB Exits Power Business di blognya hari ini.

Minggu lalu Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu bahawa pihaknya akan menjual stesen kuasa Edra hutang 1MDB bagi mengurangkan hutang sebanyak RM16-18 bilion.

Katanya, 1MDB telah memuktamadkan perjanjian jual beli 13 loji janakuasa tenaga milik 1MDB dan Edra Global Energy Berhad oleh China General Nuclear Power Corporation (CHN).

“Pembelian kesemua 13 loji janakuasa tenaga oleh CGN yang melibatkan kos sebanyak RM 9.83 bilion. Menurut beliau, CGN menyatakan komitmen mereka untuk melangsaikan kesemua kos berkenaan selewat-lewatnya Februari 2016,” kata Arul.

Tun M berkata, ketika 1MDB membeli loji kuasa itu, nilai ringgit adalah RM3.2 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Hari ini ketika dijual, ringgit mencecah RM4.2 berbanding dolar AS.

“Jadi bermakna, jika wang yang dipinjam 1MDB dalam ringgit, kerugian akan menjadi minimum. Tetapi jika 1MDB pinjam dalam dolar AS, mereka akan rugi RM1 bagi setiap dolar dipinjam.

“Dalam erti kata lain, apa yang diperoleh 1MDB daripada jualan tidak akan dapat membayar sepenuhnya hutang dalam dolar AS yang dipinjam 1MDB,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?