UMNO jadi parti Najib, kata Tun M

851333812_22348_5390175146683973641

Oleh Athirah Huda Zalhe

KUALA LUMPUR, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan UMNO tidak lagi menjadi parti untuk orang Melayu sebaliknya ia berubah kepada parti Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, ini berikutan salah guna kuasa yang diamalkan presiden parti yang bertindak membuang sesiapa sahaja ahli UMNO yang menegur beliau.

“Siapa saja yang tegur Perdana Menteri atau Presiden parti, dia dibuang.

“Seolah-olah ini bukan parti UMNO tetapi menjadi Datuk Seri Najib. Saya tidak menegur parti tetapi saya tegur Datuk Seri Najib,” katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

[BERITA LANJUT MENYUSUL]

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?