Bandar Malaysia masih projek Malaysia, kata 1MDB

1mdb

KUALA LUMPUR, Khamis – 1Malaysia Development Berhad menegaskan bahawa Bandar Malaysia Sdn Bhd ‘ialah projek Malaysia’ walaupun 24 peratus kepentingannya dimiliki oleh China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).
 
Inj kerana, 54 peratus ekuiti Bandar Malaysia dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, sementara sektor swasta memegang baki selebihnya.

Hari ini, syarikat yang dibebani hutang RM42 bilion itu menjual 60 peratus pegangan sahamnya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings berhad (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Konsortium itu, yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd, merupakan usaha sama 60:40 antara syarikat Malaysia dan syarikat China itu.

IWH adalah perkongsian awam-swasta antara Credence Resource Sdn Bhd dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd, milik kerajaan negeri Johor, manakala CREC adalah antara firma kejuruteraan dan pembinaan terbesar di dunia.

Sehubungan itu, 1MDB juga menegaskan bahawa penjualan kepentingan Bandar Malaysia kepada IWH-CREC Consortium bukanlah penjualan kepada syarikat China.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, rakyat Malaysia masih memiliki 76 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia.
 
Beliau berkata, konsortium itu menyatakan komitmennya untuk menghormati pelan pembangunan asal Bandar Malaysia meliputi 486 ekar (196.68 hektar) termasuk menyediakan rumah mampu milik di kawasan tersebut dan membangunkan semula lapangan terbang Sungai Besi.

Jun lalu, 1MDB mengemukakan pelan rasionalisasi hutang tiga bahagian kepada Kabinet termasuk menjual ekuiti dalam syarikat tenaga Edra Global Energy Bhd yang akan mengurangkan hutang 1MDB sebanyak antara RM16 dan RM18 bilion.
 
Bahagian kedua ialah pertukaran ekuiti hutang dengan dana Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC), yang akan mengurangkan hutang 1MDB kira-kira RM16 bilion.
 
Bahagian ketiga ialah penjualan saham-saham dalam Bandar Malaysia yang nilai tanahnya ialah RM12.35 bilion.

 
Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian