Hospital mahu saman bekas jururawat, PPIM

Damai Service Hospital (Melawati) Location Pic Copyright Rahmat Omar 2012-1

KUALA LUMPUR, Ahad – Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naziah Sauni Samat serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana perbuatannya telah merosakkan imej hospital dan kakitangan mereka.

Pengurus Kewangan dan Sumber Manusia Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd, Regina Sundram berkata, pihaknya akan menyaman kedua-dua pihak itu dalam tempoh terdekat.

Tindakan saman itu dilakukan berikutan kenyataan media yang dikeluarkan Naziah di Pejabat PPIM kelmarin.

“Sejak semalam (kelmarin), pihak hospital tidak berhenti menerima panggilan telefon bertanyakan hal berkenaan sehingga ada pihak yang mahu memboikot serta mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya.

“Bahkan laman sosial Facebook hospital turut dihujani pelbagai dakwaan dan kata-kata yang tidak baik sehingga memaksa kami menapis setiap komen pengguna sebelum disiarkan,” katanya yang dipetik dari Sinar Online.

Menurut Regina, orang luar hanya membuat tuduhan berdasarkan kenyataan sebelah pihak tanpa merujuk dan mendapatkan penjelasan sebenar dari pihak hospital.

“Kami akan berbincang dan mendapatkan menasihatkan peguam Isnin ini, sebelum tindakan lanjut diambil.

“Kita juga sedang mengumpul segala dokumen termasuk laporan akhbar dan komen pengguna laman sosial yang menjurus kepada merosakkan dan menjatuhkan imej hospital dan kakitangan kami,” katanya.

Jelasnya, hospital berkenaan sudah beroperasi sejak 1989 dan kini mempunyai seramai 120 kakitangan, 41 daripadanya beragama Islam.

Regina menafikan dakwaan Naziah yang mengatakan bawah dia diberhentikan tugas kerana faktor pakaian.

“Pihak hospital tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi berkaitan pemecatannya. Sebaliknya beliau diberi surat yang mana kami memberi tempoh untuknya mematuhi peraturan hospital.

“Naziah bagaimanapun tidak hadir bertugas selama lima hari sejak 25 November tanpa sebarang penjelasan dan kami menganggap beliau berhenti secara sukarela,” katanya.

Manakala berkenaan Sijil Perakuan Amalan Tahunan (APC) milik Naziah yang dikatakan digantung pihak hospital, Regina berkata pihanya tiada kuasa berbuat demikian, sebaliknya ia hanya boleh dilakukan oleh Kementerian Kesihatan.

“Bagaimanapun kami memutuskan untuk tidak memperbaharui sijil berkenaan, atas faktor keselamatan pesakit,” katanya.

Bagi Regina, Naziah seharusnya bersemuka dan berbincang dengan pengurusan hospital dan bukannya hanya berhubung melalui aplikasi WhatApps atau membuat aduan kepada PPIM.

“Tindakan Naziah hanya membunuh profesion jururawat itu sendiri. Beliau hanya memburukkan keadaan. Ini bukan isu perkauman atau agama. Kami hormati setiap kaum dan agama mereka,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?