ISMA PD anjur Seminar i-Keluarga

851335852_22982

PORT DICKSON, 7 Dis – Menyedari peri pentingnya kehadiran ibu bapa dalam membangun jatidiri anak-anak, Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Port Dickson baru-baru ini telah menganjurkan Seminar i-Keluarga yang mendukung benih aspirasi “Disiplin Disemai, Keimanan Dituai”.

Dalam slot pertama bertajuk “Permulaan Yang Benar”, Ustazah Razidah Adam, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga JHEINS mengungkap kata-kata Ulama Hadith, Ali bin Al Madini sebagai motivasi buat peserta.

“Beliau (Ali bin Al Madini) menyatakan bahawa mewariskan adab kepada anak-anak lebih baik dari daripada mewariskan harta kerana adab dapat menghasilkan harta, memperolehi kedudukan dan melahirkan kecintaan manusia malah menghubungkan antara kebaikan dunia dan akhirat,” katanya yang juga merupakan Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat ISMA Seremban.

Turut sama menjadi panelis dalam berkongsi tips dan motivasi mendidik anak-anak ialah  Ustazah Jamiah Abd. Wahab, guru di Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor merangkap AJK Biro Tarbiyyah ISMA Seremban, Ustaz Mohd Azizee Bin Hasan, Guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu merangkap Yang Dipertua ISMA Nilai dan Saudara Mohd Fauzi Bashir, Jurutera Shell merangkap Ketua Pemuda ISMA Port Dickson.

Seminar ini yang dianjurkan khusus untuk anak-anak 7 sehingga 14 tahun turut menggariskan 9 adab yang perlu disuburkan pada anak-anak seperti adab bersama ibu bapa, guru, jiran, saudara, adab meminta izin, adab penghormatan, adab makan, adab penampilan dan adab dengan Al Quran.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian