Jururawat kesal dibuang kerja kerana menutup aurat

FMT 1

Sumber gambar: Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR, Jumaat – Seorang jururawat hospital swasta di Lembah Klang kesal dengan tindakan pihak hospital memberhentikannya kerja kerana berpakaian menutup aurat semasa bertugas.

Naziah Sauni Samat, 24, berkata dia tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang ketika menjalankan tugas, sebaliknya diarahkan supaya menukar kepada lengan pendek oleh pihak hospital.

“Saya percaya itu hak saya untuk pakai baju lengan panjang, tetapi pengurusan hospital mengarahkan saya supaya memotong baju berkenaan berkali-kali.

“Satu hospital pesan saya suruh potong lengan panjang baju menjadi lengan pendek.

“Sehinggakan saya akhirnya dibuang kerja (dengan alasan mengingkari arahan pengurusan), sedangkan sewaktu menerima tawaran kerja tidak dinyatakan untuk berbuat demikian,” katanya dipetik portal liberal hari ini.

Naziah kesal dengan alasan yang diberikan oleh pihak hospital yang mengaitkan baju lengan panjangnya berkemungkinan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan merebak kepada pesakit walaupun larangan seumpama itu tidak dibuat di hospital kerajaan.

“Kalau nak dikira, hospital kerajaan seperti Hospital Kuala Lumpur membenarkan jururawat mereka berlengan panjang.

“Kalau nak cakap mengenai mengawal jangkitan kuman, pakaian, topi dan tali leher pun boleh kena jangkitan. Saya kalau buat kerja akan lipat lengan baju,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?