Lelaki mati akibat ambil dadah berlebihan di konsert di Australia

2EDED8BE00000578-0-image-a-14_1448724236093

MELBOURNE, Selasa – Seorang lelaki berusia 19 tahun meninggal dunia akibat mengambil dadah berlebihan yang disyaki diperolehi di sebuah festival muzik Stererosonic di Melbourne, Sabtu lalu.

Remaja itu mati hanya seminggu selepas Sylvia Choi, seorang ahli farmasi dari Oyster Bay di selatan Sydney, mati selepas dilaporkan minum dadah larut dalam botol air di festival muzik itu.

Seramai 60 pengunjung lainnya ditahan kerana dikaitkan dengan kesalahan dadah dan terdapat 17 daripadanya didapati mengambil dadah secara berlebihan.

Polis Victoria berkata seramai 70 orang telah ditangkap, termasuk dua yang didakwa mabuk dan dua lagi terbabit dengan serangan di festival tersebut. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian