PAS tolak cadangan Zahid tubuh jawatankuasa khas kos sara hidup


nasrudinhassan400px2_400_280_100

BANGI, Khamis – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak rancangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mengenai kos sara hidup rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hasan berkata penolakan itu berasas kerana sebelum ini, sejak Januari 2014 hingga Mei 2015, Kabinet memang telah mempunyai sebuah jawatankuasa khas untuk menangani kos sara hidup rakyat yang telah dipengerusikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun begitu, menurut Nasrudin, sepanjang tahun 2015, tiada sebarang langkah penting dilakukan untuk meringankan kos sara hidup rakyat, sebaliknya kerajaan mengumumkan pelbagai pakej kenaikan harga dan kadar baru yang membebankan rakyat.

“Jika jawatankuasa khas sebelum ini berfungsi dengan baik dan seluruh kabinet mementingkan agenda ini, sudah pasti pelbagai langkah telah diambil sejak tahun lalu.

“Semua kadar tambang pengangkutan awam dan tol telah meningkat, disusuli dengan kenaikan pelbagai harga barangan serta perkhidmatan kesan daripada pelaksanaan GST,

“Malah, menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP), memang sudah terdapat satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menangani kos sara hidup rakyat yang telah ditubuhkan sejak tahun 2011.

“Namun, jika kita menilainya sehingga hari ini, tiada impak yang berkesan untuk mengurangkan kos sara hidup tersebut,” katanya, dalam kenyataan hari ini.

Sambil menolak cadangan itu, beliau berkata, PAS tidak mahu lagi kerajaan mengambil kesempatan ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan memberi pelbagai ‘buah tangan’ untuk memenangi hati mereka.

“PAS tidak mahu dalam tempoh 2015 dan 2016 ini, kerajaan mengambil pelbagai peluang untuk menaikkan pelbagai harga dan kadar baru sebelum mengumumkan pelbagai ‘goodies’ pilihan raya pada tahun 2017 dan 2018 nanti.

“Ini adalah kitaran politik-ekonomi yang amat buruk dan ia sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?