Arab Saudi kenal pasti pengebom bunuh diri, ikrar kesan semua yang terlibat
MANAMA, Ahad – Arab Saudi hari ini memaklumkan bahawa pihaknya telah mengenal pasti salah seorang individu yang bertanggungjawab keatas insiden serangan bom di Masjid Al-Ridha di wilayah timur, baru-baru ini.
Abdul Rahman Sulaiman Al Tuwaijri, 22, salah seorang penyerang yang bertanggungjawab dalam serangan yang berlaku di kota Mahasen sehingga mengakibatkan empat orang maut.
Abdul Rahman antara individu yang pernah ditahan oleh pihak berkuasa dua tahun lalu ekoran mengambil bahagian dalam perhimpunan untuk meminta pembebasan tahanan.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata, seorang lagi pengebom bunuh diri yang ditangkap dalam serangan itu kini sedang menerima rawatan dan akan mendedahkan butiran identitinya nanti.
Dalam kenyataan yang sama berkata, empat orang terbunuh manakala 33 lagi cedera termasuk tiga anggota perkhidmatan keselamatan dalam serangan pada Jumaat lalu.
“Setakat ini, 19 orang cedera telah keluar daripada hospital manakala 14 yang lain dan tiga anggota polis masih dirawat.
“Pasukan keselamatan akan meneruskan usaha untuk mengenal pasti dan mengesan mereka yang terlibat dalam serangan itu termasuk dalang yang merancang,” katanya.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad Nayef Abdul Aziz ketika melawat mangsa cedera di hospital berkata, negara itu berazam untuk menangani keganasan daripada terus berlaku.
“Apa yang berlaku pada Jumaat lalu, mengukuhkan lagi keazaman kami membasmi pengganas,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri Arab Saudi.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan