Biro Dakwah Isma ziarah Mufti Wilayah Persekutuan

mufti-768x432

KUALA LUMPUR, Khamis – Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) telah membuat kunjungan rasmi ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, S.S Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurut isma.org.my, kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta saling berbincang dan bertukar pandangan dalam isu-isu semasa. Biro Dakwah Isma juga meminta pandangan dan nasihat dari Datuk Mufti dalam usaha untuk mengarus perdanakan lagi usaha dakwah di Malaysia.

Datuk Mufti mengucapkan tahniah atas program-program dakwah yang telah dijalankan Isma serta berharap Isma terus meluaskan capaian dalam menyantuni masyarakat agar lebih memahami Islam yang sebenar.

Di akhir perjumpaan, Pengerusi Biro Dakwah Isma, Ustaz Hj Omar Kassim menyampaikan cenderahati kepada S.S Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai penghargaan atas kesudiaan beliau berbincang dengan Isma mengenai isu-isu dakwah.

Kunjungan ini turut disertai Dr Osman Rasip,Yang di-Pertua Isma Cawangan Kuala Lumpur dan dua orang Ahli Jawatankuasa Biro Dakwah Isma.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian