GST tetap kekal 6 peratus

timthumb

BANGI, Isnin – Kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) masih kekal sebanyak 6 peratus tanpa sebarang kenaikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kerajaan tidak mungkin menaikkan kadar GST tersebut.

“Perdana Menteri dah kata 6 peratus. Tidak mungkin kadarnya dinaikkan.

” Kita tidak pernah terfikir dan tiada perbincangan mengenainya,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan kebimbangan beliau berhubung kemungkinan kadar GST bakal dinaikkan oleh kerajaan.

Ini berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa cukai kepenggunaan itu menyelamatkan ekonomi negara dengan menampung hasil kerajaan daripada pengurangan hasil cukai petroleum.

Kebimbangan yang sama turut diluahkan oleh pakar ekonomi, Wan Saiful Wan Jan bahawa sejarah GST dilaksanakan oleh negara-negara lain menunjukkan kadarnya dinaikkan selepas beberapa tahun diperkenalkan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian