Israel serang bangunan logistik Al-Qassam di Gaza

israel serangan bangunan hamas

Letupan berlaku akibat roket yang dilancarkan oleh Israel pada awal pagi Sabtu. Gambar laman web Hamas.

GAZA, Sabtu – Jet pejuang Israel telah melancarkan serangan ke atas beberapa bangunan logistik ketenteraan Briged Al-Qassam pada awal pagi Sabtu.

Serangan yang berlaku di beberapa kawasan di barat Gaza, timur Beit Hanun dan lapangan terbang di timur Rafah bagaimanapun tidak menyebabkan kematian dan kecederaan.

Perkara ini disahkan oleh laman web rasmi Hamas.

Portal berita Jerusalem Post pula melaporkan serangan itu dilancarkan dari utara Israel oleh pasukan tentera udara.

Ia adalah serangan balas terhadap lima bom roket yang dilancarkan dari Gaza pada Jumaat malam yang berjaya menembusi negara haram Israel. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?