Pelajar perubatan disaran bertindak mengikut etika

wpid-2014-08-20-14.56.36.jpgGEORGE TOWN, Ahad – Pelajar perubatan perlu menjadi profesional dan bertindak berdasarkan etika ke arah kesejahteraan masyarakat ketika melakukan latihan klinikal, kata Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Zailan Adnan.

Beliau berkata sebagai bakal pengamal kesihatan, apa yang mereka sebut dan bertindak akan menjadi gaambaran kepada institusi tempat mereka bekerja.

“Anda mesti hormati hak pesakit dan mengekal kerahsian mereka setiap masa,” katanya dalam ucapan pada majlis ‘White Coat Ceremony 2016’ di Hospital Pulau Pinang di sini, semalam.

Di majlis itu, Penang Medical College (PMC) meraikan 140 orang pelajar perubatan pelatih dari Ireland yang mengikuti latihan klinikal di kemudhaan penjagaan kesihatan di sekitar negeri ini.

Sementara itu, Presiden PMC, Prof Amir Sharifuddin Mohd Khir berkata para pelajar Ireland tersebut telah menghabiskan laithan praklinikal selama dua setengah tahun di Royal College of Surgeons Ireland (RCSI) dan University College Dublin (UCD).

“Para pelajar tersebut akan memulakan latihan minggu depan bermula dengan aspek pembedahan dan perubatan termasuk di Hospital Pulau Pinang,” katanya.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?