Penyingkiran Mukhriz: UMNO tidak hairan dakwaan PKR

Noh-Omar-1

BANGI, Ahad – UMNO tidak hairan dengan dakwaan yang dibuat oleh PKR baru-baru ini yang menyifatkan tindakan menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah sebagai tidak tertib dan tidak demokratik.

Laporan portal BNBBC menyebut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebagai berkata, PKR sememangnya sebuah parti yang sering membuat tuduhan tidak berasas serta suka mencari kesalahan orang lain bagi menutup kesilapan parti itu sendiri.

“Saya memang tak hairan kalau PKR cakap begitu kerana saya dan UMNO dah faham dengan budaya mereka, senang cerita, PKR ni ibarat yang gajah depan mata tak nampak, yang seberang laut, dia boleh nampak.

“Apa dia lupa sewaktu penyingkiran Khalid dulu mereka (PKR) sanggup menipu rakyat, buat Pilihanraya Kecil (PRK) di Kajang, letak Wan Azizah, lepas itu bukan Wan Azizah yang jadi Menteri Besar walaupun itu niat mereka, memenatkan rakyat pergi mengundi, habiskan wang rakyat.

“Bila Khalid tak dengar cakap mereka untuk letak jawatan, dia dipecat pula, kemudian tabur lagi fitnah, adakah UMNO juga yang dlihat lebih dahsyat?” katanya.

Noh Omar berkata demikian sebagai mengulas dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh Ketua WHIP PKR, Datuk Johari Abdul berhubung cara PKR menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah lebih tertib berbanding UMNO.

Sebelum ini, Johari mendakwa bahawa, ‘Langkah Kajang’ yang diambil PKR itu adalah selepas Khalid enggan meletakkan jawatan meskipun diarahkan berbuat demikian oleh parti.

“Kalau pun nak berlaku mesti melalui tertib demokrasi, nak memaksa dengan paksaan, ini memberikan kecelaruan di peringkat bawahan.

“Di Selangor kami laksanakan dengan tertib, masalahnya UMNO tidak melakukannya dengan cara tertib seperti kami,” kata Johari dalam satu sidang media.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?