Perak bina sekolah menengah tahfiz berasrama penuh di setiap daerah: MB

Datuk-Seri-Dr.-Zambry-Abdul-KadirPANGKOR, Ahad – Perak akan membina Sekolah Menengah Tahfiz (SMT) bertaraf asrama penuh di setiap daerah bagi memastikan pendidikan bersepadu dapat diberikan kepada anak-anak Perak, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata beberapa SMT akan siap dibina dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

“Projek perintis SMT yang dijalankan di Pulau Pangkor hampir siap dan kini berada di peringkat terakhir melibatkan pengurusan pentadbiran. Pelajar yang belajar di sebuah tempat pengajian lain akan dipindahkan ke kawasan ini.

“Sekolah ini antara contoh sekolah asrama penuh kerajaan negeri kerana kualiti dan sistem pembelajarannya sebuah maahad tahfiz, tetapi kualiti sekolah berasrama penuh di bawah penyeliaan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung di sini hari ini.

Sekolah berkenaan yang dibina dengan kos kira-kira RM10 juta itu mampu menampung seramai 150 orang pelajar.

Mengulas lanjut mengenai Pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis lepas, Zambry berkata ia sebagai penambahbaikan kepada pendapatan kerajaan.

Beliau berkata pengubahsuaian bajet tidak memberi impak negatif terhadap perbelanjaan dan bantuan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.

“Yang ditekankan adalah lebih kepada aspek menambah sumber-sumber baharu kepada kerajaan. Kita harap dalam konteks negeri Perak, projek yang dirancang yang memberi impak kepada rakyat tidak diketepikan,” katanya.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?